Search
Close this search box.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bersama dengan rombongan Haji Thailand yang diketuai oleh Tuan Guru Baba Abdul Basit pada sesi sidang media, baru-baru ini. Foto, Zen Hashim (TVS).

Thailand minat pelajari kaedah pengurusan simpanan Tabung Haji

ByLuqman Muhammad

MAKKAH, 4 Jun: Badan pengelola haji Thailand berminat untuk mempelajari sistem pengurusan simpanan yang dilaksanakan oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Ketua Rombongan Haji Thailand, Baba Abdul Basit berkata, ini sebagai usaha untuk mendidik rakyat beragama Islam negara itu menabung sebagai pendeposit.

Tambah beliau, Malaysia dilihat sebagai negara contoh dalam pembangunan aspek itu berbanding negara Islam lain.

“Saya sangat tertarik dengan sistem pengurusan simpanan TH untuk persiapan umat Islam di Malaysia mengejarkan ibadah haji.

“Di Thailand, kami belum lagi mempunyai sistem pengurusan simpanan seperti yang dilaksanakan oleh TH,” katanya.

Abdul Basit berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai rombongan haji Thailand melawat Ibu Pejabat TH di Makkah, Abraj Al-Janadriyah pada Ahad.

Tambah Abdul Basit, pihaknya sangat menghargai kesudian TH bertukar pandangan serta berkongsi panduan dengan badan pengelola haji Thailand.

“Malaysia merupakan abang kepada kami (Thailand) khususnya umat Islam di selatan Thailand.

“Banyak perkara yang kami boleh pelajari di mengenai kejayaan TH dan Kerajaan Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu Abdul Basit memberitahu, Thailand tidak mempunyai kementerian khusus untuk hal ehwal Islam bagi mengendalikan urusan haji. -TVS.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan