Search
Close this search box.
Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Amar Dr Sim Kui Hian ketika menghadiri majlis Ulang Tahun ke-65 SUPP. Foto, TVS.

SUPP kaji guna AI untuk kempen pilihan raya akan datang

KUCHING, 4 Jun: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sedang mengkaji penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI ) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 akan datang.

Presidennya, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, kajian tersebut penting kerana AI memainkan peranan besar dalam menyalurkan maklumat tepat kepada masyarakat jika diguna dengan baik.

Katanya, SUPP ketika ini masih mengkaji untuk memanfaatkan teknologi itu bagi meningkatkan tahap kewaspadaan sepanjang proses tersebut.

“(Setakat ini) kami belum menubuhkan pasukan keselamatan siber.

“(Sebenarnya) bukan SUPP sahaja sedang mengintai peluang untuk gunakan AI tetapi saya yakin DAP juga begitu malah Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga melakukan perkara sama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Ulang Tahun ke-65 SUPP di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Sementara itu, Dr. Sim turut menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan penyebaran video dan imej palsu yang dihasilkan oleh AI.

“Pada masa akan datang, penggunaan AI akan dioptimumkan sebaik mungkin.Inilah masa depan politik kita.

“Kita akan terdedah dengan bahaya pembuatan video palsu serta penyebaran maklumat tidak tepat dan berita palsu semasa kempen pilihan raya,” katanya.

Tambah beliau perkara sedemikian berlaku dalam kempen mengundi di Mexico, India dan Amerika Syarikat dan tidak mustahil akan berlaku pada PRN Sarawak akan datang.- TVS.

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan