Search
Close this search box.
Kylian Mbappe menandatangani kontrak lima tahun untuk berpindah ke Real Madrid dari Paris Saint-Germain (PSG) pada pagi Selasa dan menganggap perpindahan itu satu "impian menjadi nyata". Foto AFP

Perpindahan “impian menjadi nyata” Mbappe ke Real Madrid

ByAFP

MADRID (Sepanyol), 4 Jun: Kylian Mbappe menandatangani kontrak lima tahun untuk berpindah ke Real Madrid dari Paris Saint-Germain (PSG) pada pagi Isnin dan menganggap perpindahan itu satu “impian menjadi nyata”.

“The Whites mengukuhkan skuad mereka dengan seorang superstar dunia,” kata Real menerusi laman sesawang mereka.

“Real Madrid bersetuju dengan pemain itu untuk berada di Real Madrid bagi lima musim berikutnya,” tambah mereka.

Pengumuman itu merupakan kemuncak percubaan lama Real untuk mendapatkan khidmat salah seorang penyerang paling prolifik di dunia itu.

“Saya terlalu gembira dan bangga untuk menyertai kelab impian saya @realmadrid. Tiada yang faham betapa terujanya saya ketika ini. Tidak sabar untuk bertemu anda, Madridistas dan terima kasih kerana sokongan luar biasa anda,” tulis Mbappe dalam laman sosial.

Kali pertama Real memujuk Mbappe adalah pada 2012 apabila mereka menjemput pemain berusia 13 tahun pada ketika itu untuk menghabiskan seminggu bersama mereka. Ketika kunjungan itu dia bergambar dengan idolanya, Cristiano Ronaldo.

Awal pagi tadi, Ronaldo, yang kini beraksi di Arab Saudi, memberi komen di hantaran Instagram Mbappe, menunjukkan pemain remaja itu lencana kelab di jersi Real.

“Giliran saya” untuk melihat anda pula, tulis Ronaldo. “Teruja untuk melihat anda menyinari Bernabeu.”

Mbappe bersetuju untuk berpindah ke Real pada Februari lalu dan mengumumkan pada Mei dia akan meninggalkan PSG pada hujung musim lalu.

Real, masih segar daripada kejayaan memenangi Liga Juara-Juara kali ke-15 Sabtu lalu selepas menang 2-0 ke atas Borussia Dortmund, kemudian mengesahkan perjanjian itu awal pagi tadi sebelum Mbappe terbabit dengan aksi persahabatan menjelang Euro 2024 bersama Perancis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan