Search
Close this search box.
Keadaan kesesakan di kawasan Pan Borneo Jakar memaksa kenderaan berbaris panjang dalam kejadian pada Isnin. Foto, Puyan Gun Roha.

Peningkatan kenderaan, satu lorong ditutup punca trafik sesak 12 km di Pan Borneo Jakar

SARIKEI, 4 Jun: Kesesakan lalu lintas sehingga 12 kilometer (km) semalam di Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Jakar berpunca akibat peningkatan mendadak kenderaan.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Aswandy Anis berkata, keadaan itu diburukkan lagi apabila hanya satu lorong yang dibuka.

Kata beliau, perkara itu dikesan di kawasan yang mana kerja pembinaan masih dilakukan.

“Susulan itu polis telah membantu untuk melancarkan aliran trafik di kawasan terlibat sejak semalam dan operasi diteruskan hari ini,” katanya.

Aswandy turut menasihatkan orang ramai supaya bertolak ansur ketika melalui kawasan berkenaan.

Semalam pengguna media sosial berkongsi foto dan rakaman video menerusi media sosial mengenai kesesakan lalu lintas luar biasa di situ.

Mereka turut menggesa pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Malah tidak kurang ada yang mempersoalkan tindakan menutup satu lorong ketika jumlah kenderaan meningkat sempena cuti umum.

“Kesesakan paling teruk setakat ini, ada yang terpaksa membuang air kecil di tepi jalan.

“Kenderaan bergerak sangat perlahanan dari Jakar hingga ke simpang Selalang. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku,” kata seorang pengguna Facebook. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan