Search
Close this search box.
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil telah diaktifkan untuk Sabah dan Sarawak dari 1-30 Jun 2024, berdasarkan pengeluaran getah pada Mei 2024. Foto hiasan, Envato.

Pekebun kecil getah Sabah, Sarawak dapat bayaran IPG pada Mei

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil telah diaktifkan untuk Sabah dan Sarawak dari 1-30 Jun 2024, berdasarkan pengeluaran getah pada Mei 2024.

Lembaga Getah Malaysia dalam satu kenyataan berkata mulai Januari 2024, IPG akan diaktifkan jika harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump atau getah sekerap adalah pada RM3.00 sekilogram (kg) atau ke bawah.

Pada Mei 2024, harga purata peringkat ladang untuk cuplump ialah RM3.30 sekilogram untuk Semenanjung Malaysia, RM2.90 sekilogram untuk Sabah dan RM2.80 sekilogram untuk Sarawak.

Sehubungan itu, tiada bayaran IPG untuk pekebun kecil di Semenanjung Malaysia.

Bagi Sabah, kadar IPG Mei untuk cuplump dan lateks teraktif ialah 10 sen sekilogram untuk 50 peratus kandungan getah kering (KGK) dan 20 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.

Bagi Sarawak pula, kadarnya ialah 20 sen sekilogram untuk 50 peratus KGK dan 40 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.

Manakala kadar IPG bagi lateks ialah 90 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan