Search
Close this search box.
Perbicaraan kes saman Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung hantaran mengenai isu kronisme di akaun Facebooknya yang dijadualkan bermula hari ini di Mahkamah Tinggi, ditangguhkan kerana peguam Menteri Kesihatan itu menarik diri daripada mewakilinya. Foto, Bernama.

Peguam tarik diri, bicara kes saman Dzulkefly terhadap Najib tangguh Mac 2025

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Perbicaraan kes saman Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung hantaran mengenai isu kronisme di akaun Facebooknya yang dijadualkan bermula hari ini di Mahkamah Tinggi, ditangguhkan kerana peguam Menteri Kesihatan itu menarik diri daripada mewakilinya.

Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi membenarkan permohonan peguam Datuk S.N. Nair  untuk menarik diri daripada mewakili Dzulkefly dan menetapkan perbicaraan pada 5, 6, dan 7 Mac 2025.

“Mahkamah turut menetapkan 10 Julai ini untuk pengurusan kes dan melapangkan tarikh-tarikh perbicaraan bermula hari ini hingga 6 Jun (Khamis),” katanya pada prosiding yang turut dihadiri peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mewakili Najib.

Pada Januari 2022, Dzulkefly yang ketika itu bekas Menteri Kesihatan yang memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi mendakwa, Najib telah memuat naik satu hantaran fitnah di Facebooknya pada 24 Ogos 2020 mengenai isu kronisme, berserta satu lampiran paparan skrin artikel Sinar Harian bertarikh 28 Jan 2019 dengan gambar wajah plaintif.

Dakwanya, kenyataan itu antaranya membawa maksud plaintif (Dzulkefly) mengamalkan kronisme dengan penawaran jawatan atau lantikan kepada saudara-mara, tanpa melalui apa-apa penilaian objektif dan keupayaan terhadap sesuatu jawatan dalam syarikat-syarikat kerajaan atau swasta.

Plaintif mendakwa Najib selaku defendan telah menerbitkan hantaran fitnah itu dengan niat untuk menyerang peribadinya, menjatuhkan maruah serta mengaibkannya selain bermotifkan politik yang secara nyata berniat untuk memfitnah serta menjejaskan reputasinya.

Najib dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 29 Mac 2022 mendakwa, hantaran mengenai isu kronisme di akaun Facebooknya tiada kaitan dengan Dzulkefly, tetapi ia merujuk kepada gabungan parti Pakatan Harapan (PH). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan