Search
Close this search box.
Permohonan Palestin itu adalah dalam rangka komitmen Palestin untuk terus mengambil semua langkah undang-undang di peringkat antarabangsa bagi mempertahankan hak rakyat Palestin dan menghentikan jenayah genosid yang dilakukan terhadap mereka. Foto AFP

Palestin mohon sertai kes genosid difailkan Afrika Selatan terhadap Israel di ICJ

ByBernama

THE HAGUE, 4 Jun: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Isnin berkata, Palestin memfailkan permohonan kebenaran untuk mencelah dan perisytiharan untuk mencelah dalam kes Afrika Selatan terhadap Israel berhubung permohonan Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid di Semenanjung Gaza.

Dalam satu kenyataan, ICJ berkata, Negara Palestin telah mengemukakan permohonannya pada 31 Mei, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin.

Permohonan Palestin itu adalah dalam rangka komitmen Palestin untuk terus mengambil semua langkah undang-undang di peringkat antarabangsa bagi mempertahankan hak rakyat Palestin dan menghentikan jenayah genosid yang dilakukan terhadap mereka.

Ia juga datang dalam konteks komitmen Palestin terhadap kesahihan dan undang-undang antarabangsa sebagai asas untuk menamatkan ketidakadilan sejarah dan pendudukan penjajah serta menuntut pertanggungjawaban terhadap jenayah yang dilakukan.

Palestin menyeru semua negara pihak kepada Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pencegahan dan Penghukuman Jenayah Genosid untuk menyertai prosedur saman yang difailkan oleh Afrika Selatan, melindungi rakyat Palestin daripada jenayah genosid, memastikan tiada pengulangan jenayah kejam itu pada masa hadapan dan memelihara kelangsungan sistem berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Palestin juga menyeru semua negara untuk mematuhi langkah-langkah sementara yang dikeluarkan oleh ICJ, menggesa pelaksanaannya dengan segera. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan