Search
Close this search box.
Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris berkata, kerajaan perlu mengambil langkah serius dalam membantu pelapis muda untuk mengembalikan kegemilangan muzik irama Malaysia yang dilihat sebagai identiti negara. Foto TVS

Noraniza Idris mahu muzik irama Malaysia terus diperkasa

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 4 Jun: Sokongan dari kerajaan dan kementerian amat diperlukan bagi memperkasakan dan menyelamatkan muzik irama Malaysia yang dilihat semakin lenyap ditelan zaman, kata Noraniza Idris.

Penyanyi dan Ratu Irama Malaysia yang lebih gemar disapa Kak Ani berkata, penglibatan dari pihak kerajaan dilihat penting untuk membangunkan modal insan generasi muda ini melalui muzik irama Malaysia yang dilihat sebagai identiti negara.

Berkongsi cerita, Noraniza Idris pernah melancarkan kempen Save Irama Malaysia pada tahun 2017 yang bertujuan untuk mengembalikan kegemilangan irama Malaysia dengan bantuan dari kementerian.

“Kita mahu mereka kenal dan menghargai lagi penggiat seni yang masih ada. Apabila mereka menyertai kempen tersebut, saya berasa terharu, bukan kerana saya ingin mereka kenal Noraniza Idris, tetapi penggiat seni dalam irama Malaysia ini sekali gus mereka belajar untuk menghargai karya penggiat seni ini,” katanya ketika sidang media selepas menjadi tetamu rancangan terbitan TVS, Anggun pada Ahad.

Walaupun begitu, Noraniza yang gagal menahan sebak berkata, untuk mendapatkan bantuan dari pihak kementerian itu bukan satu perkara yang mudah.

Menurutnya, cabaran tersebut pernah membuatkan beliau ingin berputus asa untuk menyambung program sebegitu namun beliau mengagahkan diri untuk meneruskan agar generasi muda akan sentiasa mempunyai platform bagi menimba ilmu dalam seni.

Mengulas mengenai nafas baharu yang diterapkan oleh pelapis muda terhadap muzik irama Malaysia, beliau tidak melihat sebarang masalah kerana pembaharuan itu diperlukan seiring dengan peredaran zaman.

“Kita tidak seharusnya menyekat idea pelapis muda ini. Walaupun irama Malaysia dilihat semakin tenggelam tetapi kita melihat ada lagi artis yang menyanyikan irama Malaysia dalam nafas baharu seperti Aisha Retno.

“Suatu masa nanti, kita akan bertanding dengan mereka di peringkat antarabangsa. Mengapa tidak kita menerapkan walaupun satu elemen tradisional dalam muzik seperti balada?,” katanya lagi.

Tambahnya, inisiatif tersebut perlu menjadi kebanggaan dan Noraniza juga menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan pelapis muda ini dalam mengembalikan kegemilangan irama Malaysia.

Untuk rekod, Noraniza Idris mula berkecimpung dalam industri seni sejak tahun 1985 dan antara lagu popularnya adalah Dikir Puteri, Hati Kama, Awallah Dondang dan banyak lagi.

Saksikan Anggun, Pewaris dan Pelestari Budaya yang menampilkan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris dan Mrs Global Asian 2023, Kimi Tomas pada Rabu jam 8:45 malam di saluran TVS 122 MYTV, Unifi TV dan Astro. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan