Search
Close this search box.
Suspek berjaya ditangkap penduduk Kampung Haji Baki.

Mati ditikam dengan gunting

ByShafik Ahmad

KUCHING, 3 Jun: Seorang lelaki maut dipercayai ditikam menggunakan objek tajam dalam kejadian di Kampung Haji Baki di sini pada Isnin.

Mangsa yang berusia 55 tahun ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan tikaman di bahagian dada.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi.

“Mangsa lelaki berusia 55 tahun, suspek lelaki berusia 27 tahun telah ditangkap, mangsa ditikam menggunakan gunting di bahagian dada,” katanya menerusi pesanan ringkas.

Menurutnya suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan sebelum kejadian sekitar jam 8.30 malam itu, berlaku perselisihan faham antara mangsa dan suspek yang dipercayai merupakan anak saudaranya.

Bagaimanapun kata Mohd Irwan, punca sebenar akan disiasat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan