Search
Close this search box.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menemukan empat bungkusan berisi hablur kristal dipercayai dadah bernilai RM120,000 di perairan negara pada kedudukan 2.5 batu nautika Barat Muka Head dekat sini hari ini. Foto Maritim Malaysia

Maritim Malaysia jumpa dadah bernilai RM120,000 dicampak ke laut

ByTVS

GEORGE TOWN, 4 Jun: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menemukan empat bungkusan berisi hablur kristal dipercayai dadah dalam keadaan terapung di laut pada kedudukan 2.5 batu nautika Barat Muka Head dekat sini hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kapten Maritim Razali Kasim berkata, dadah berkenaan dijumpai pasukan bot peronda yang sedang melakukan rutin penguatkuasaan kira-kira pukul 12.40 tengah malam selepas menerima maklumat berhubung aktiviti penyeludupan dadah.

Katanya, pihaknya sebelum itu mendapati sebuah bot dalam keadaan mencurigakan sedang membuang beberapa bungkusan bersinar ke dalam laut.

“Anggota Maritim Malaysia seterusnya memeriksa dan mendapati empat bungkusan tersebut mengandungi hablur kristal yang disyaki dadah.

“Namun, bot terbabit kemudian telah melarikan diri dan terus hilang dari pengesanan radar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dadah yang dianggarkan bernilai RM120,000 itu dipercayai dapat menampung keperluan seramai 18,000 orang penagih.

Katanya, dadah berkenaan telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan