Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu bertembung dengan lori simen di jalan Kampung Melayu Roban, Saratok, hari ini. Foto Bomba

Lelaki maut, kereta remuk bertembung lori simen di Saratok

SARATOK, 4 Jun: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu bertembung dengan lori simen di jalan Kampung Melayu Roban di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian itu, identiti mangsa yang maut dikenali Hazman Wahab, 36.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 12.01 tengah hari dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu Perodua Axia dan lori simen. Pemandu kereta Axia tersepit dalam kenderaan yang remuk.

“Mangsa dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan peralatan khas manakala pemandu lori mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pihak bomba turut melakukan pembersihan di kawasan lokasi kejadian bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan