Search
Close this search box.
Kementerian itu berkata dalam satu kenyataan pada “International Day of Innocent Child Victims of Aggression” yang jatuh pada 4 Jun, tema yang paling ketara untuk hari ini ialah “Kanak-kanak Gaza” kerana mereka adalah mangsa terbesar dalam serangan sejak 7 Oktober. Foto AFP

Lebih 15,000 kanak-kanak maut di Semenanjung Gaza

ByBernama

GAZA, 4 Jun: Kementerian Pendidikan berkata, lebih daripada 15,000 kanak-kanak Palestin terbunuh sejak Israel mula menyerang Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Majoriti daripada mereka adalah pelajar sekolah dan murid-murid tadika, selain daripada 64 pelajar dari sekolah di Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis.

Kementerian itu berkata, dalam satu kenyataan pada “International Day of Innocent Child Victims of Aggression” yang jatuh pada 4 Jun, tema yang paling ketara untuk hari ini ialah “Kanak-kanak Gaza” kerana mereka adalah mangsa terbesar dalam serangan sejak 7 Oktober.

Ia berkata, serangan Israel memusnahkan sekolah dan tadika serta secara khususnya menyasarkan orang awam dengan kanak-kanak, membunuh mereka, memaksa meninggalkan mereka, menahan mereka, membiarkan mereka tanpa makanan dan perkhidmatan kesihatan dan pencabulan lain yang serius, merupakan jenayah yang melampaui norma, piagam dan sistem hak asasi manusia.

Kementerian itu berkata, sejak permulaan serangan di Semenanjung Gaza, 620,000 pelajar tidak bersekolah, 88,000 penuntut tidak dapat ke universiti sementara kebanyakan mereka menderita trauma psikologi dan keadaan kesihatan yang sukar.

Ia menggesa organisasi dan institusi antarabangsa mempertahankan kanak-kanak dan hak mereka untuk pendidikan bagi menamatkan peningkatan pencabulan dan menghentikan jenayah yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap murid-murid.

Kementerian itu menggesa kepada campur tangan segera untuk menghentikan serangan ke atas Gaza dan serangan tentera dan peneroka di Tebing Barat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan