Search
Close this search box.
Akmal Musyrif, 20, graduan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), akan mendaftar dalam tempoh dua minggu di Colorado, Amerika Syarikat (AS). Foto Bernama

Kadet Malaysia terpilih ke Akademi Tentera Udara AS

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Menghadapi persaingan sengit dari seluruh dunia, Akmal Musyrif Mohd Shariff berjaya mendapat tempat yang diidamkan di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (USAFA) yang berprestij pada tahun ini, menyertai beberapa pelajar Malaysia yang melakar kejayaan sama sebelum ini.

Akmal Musyrif, 20, graduan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), akan mendaftar dalam tempoh dua minggu di Colorado, Amerika Syarikat (AS).

Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan AS, Manu Bhalla, menyerahkan surat penerimaan itu dalam satu majlis yang diadakan di sini Selasa, dan berkata, pencapaian berkenaan terus menunjukkan kerjasama yang kukuh dan berkembang antara AS dan Malaysia.

“Kerjasama antara Malaysia dan AS telah membuka peluang dan pertukaran luas untuk pelajar Malaysia datang ke AS dan rakyat Amerika datang ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran mereka.

“Ini (akademi ke akademi) adalah sebahagian daripada kerjasama yang hebat ini,” kata Bhalla.

Bhalla turut mengucapkan terima kasih kepada Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan agensi tentera lain atas sokongan padu mereka dalam mengukuhkan hubungan antara akademi perkhidmatan AS dan Malaysia.

Tahun ini, 95 negara dipelawa untuk menamakan calon, dengan matlamat untuk mendaftarkan pelajar asing di setiap akademi perkhidmatan AS.

Pada masa ini, terdapat tujuh kadet Malaysia yang menjalani latihan di AS – tiga di Akademi Tentera AS West Point, dua di Akademi Tentera Laut AS (USNA) dan dua di USAFA.

Bagi Akmal Musyrif, beliau teruja untuk memulakan perjalanan baharu sebagai kadet yang belajar di luar negara.

Apabila ditanya sama ada beliau juga akan bertanggungjawab untuk kemas kini media sosial seperti kadet-kadet sebelumnya, beliau menjawab, “Saya ingin melakukan perkara yang sama untuk terus memberi inspirasi kepada golongan muda di luar sana. Belajar dengan baik dan belajar di luar negara.”

Akmal Musyrif bakal menamatkan pengajian pada 2028. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan