Search
Close this search box.
Bekas jurulatih skuad badminton beregu lelaki kebangsaan Lee Guan Chong meninggal dunia di Hospital Pantai, Bangsar di sini pagi tadi. Foto Media sosial

Jurulatih badminton era 70-an Lee Guan Chong meninggal dunia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Bekas jurulatih skuad badminton beregu lelaki kebangsaan Lee Guan Chong meninggal dunia di Hospital Pantai, Bangsar di sini pagi tadi.

Anak mendiang Eric Lee ketika dihubungi Bernama berkata, ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada 7.52 pagi akibat sakit tua pada usia 87 tahun.

Menurutnya, mendiang aktif sebagai jurulatih badminton di Royal Lake Club dan Bukit Kiara di sini sebelum bersara pada 2017.

Eric berkata, upacara penghormatan terakhir akan diadakan pada esok dan Khamis sebelum upacara pembakaran jasad mendiang dijalankan pada Jumaat di PJCCA Gui Yuan Crematorium, Petaling Jaya.

Guan Chong merupakan jurulatih skuad beregu lelaki kebangsaan untuk Piala Thomas 1975 dan 1976.

Pada 1976, skuad negara memperoleh pingat perak selepas tewas kepada Indonesia 9-0 pada aksi final.

Dalam pada itu bekas pemain negara Datuk James Selvaraj yang juga anak didik Guan Chong berkata, pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar buat arena sukan tanah air.

Menurutnya, Guan Chong merupakan seorang jurulatih yang tegas namun banyak mencurahkan ilmu kepada pasukan kebangsaan bagi berentap pada Piala Thomas edisi 1975 dan 1976.

“Jurulatih Guan Chong membimbing skuad beregu lelaki negara pada 1975 dan 1976 dan pada ketika itu saya beraksi bersama Moo Foot Lian dan satu lagi gandingan, Dominic Soong-Cheah Hong Chong.

“Beliau sangat tegas untuk memastikan kami dapat keputusan baik, tetapi beliau sangat ramah dengan pemain ketika itu,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan