Search
Close this search box.
MOF membuka pendaftaran BUDI MADANI mulai 28 Mei lepas susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel. Foto hiasan Envato

BUDI MADANI: Kenderaan diesel mewah berusia akan dipertimbangkan – Amir Hamzah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Kenderaan diesel mewah berusia 10 tahun ke atas akan dipertimbangkan untuk Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI), kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, bagi tujuan itu Kementerian Kewangan (MOF) akan mengeluarkan senarai kenderaan yang diklasifikasikan mewah di bawah program BUDI MADANI tidak lama lagi.

“Walaupun mungkin diklasifikasikan sebagai kenderaan mewah tetapi kalau (kenderaan itu) sudah ‘uzur’ lebih daripada 10 tahun, mungkin dapat (dipertimbangkan untuk BUDI MADANI),” katanya ketika ditemui pemberita di Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2024) di sini, pada Selasa.

MOF membuka pendaftaran BUDI MADANI mulai 28 Mei lepas susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Amir Hamzah berkata, pengumuman mengenai keputusan sama ada harga diesel akan diapungkan atau sebaliknya, akan dibuat pada masa yang sesuai.

“Beri masa kerana kita tidak mahu spekulasi yang akan menyebabkan aktiviti ‘hoarding’ (penyorokan) atau penyelewengan diesel,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan