Search
Close this search box.
Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat

Wanita maut dua cedera, kereta langgar penghadang jalan

BySaibi Gi

JULAU, 3 Jun: Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera apabila kereta dinaiki mereka melanggar penghadang jalan di Jalan KJD di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Sarawak berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Eveely Emilya Epah, 22, manakala seorang remaja perempuan berumur 19 tahun patah kaki kiri dan seorang lelaki berumur 25 tahun cedera ringan di tangan kiri.

Enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor digerakkan ke lokasi kemalangan selepas pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar 10.15 malam.

Setiba di lokasi kejadian, pasukan itu mendapati terdapat seorang mangsa wanita masih tersepit di tempat duduk penumpang hadapan, manakala pemandu keluar sendiri dari kenderaan dan penumpang belakang dikeluarkan oleh pihak ambulans.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kemalangan,’ katanya menerusi kenyataan.

Mayat mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan