Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Sri Aman-Betong hari ini. Foto Bomba

Seorang maut, tiga cedera kemalangan di Jalan Sri Aman – Betong

SRI AMAN, 3 Jun: Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Sri Aman-Betong di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa yang maut dikenali Jee Choon Vui,47, pemandu Toyota Fortuner manakala tiga penumpang yang lain terdiri daripada dua wanita berusia 16 dan 45 tahun serta kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun cedera.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman, PBK II Noor Faqriamal Jamari berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.16 petang.

“Setibanya di lokasi didapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu Perodua Myvi dan Toyota Fortuner. Pemandu Perodua Myvi seorang wanita warga emas tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemandu kereta Toyota Fortuner yang tersepit disahkan meninggal duna di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat dan mangsa diserahkan kepada piha polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pihak bomba turut membuat pembersihan sisa-sisa kemalangan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan