Search
Close this search box.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 26 warga asing termasuk seorang penjaga rumah ibadat kerana tidak memiliki pas atau permit sah tinggal di negara ini, dalam serbuan di tujuh premis di Taman Setia Indah di sini, tengah malam tadi. Foto JIM Johor

Penjaga rumah ibadat antara 26 warga asing ditahan Imigresen

ByBernama

JOHOR BAHRU, 3 Jun: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 26 warga asing termasuk seorang penjaga rumah ibadat kerana tidak memiliki pas atau permit sah tinggal di negara ini, dalam serbuan di tujuh premis di Taman Setia Indah di sini, tengah malam tadi.

Pemangku Pengarah Imigresen Johor, Mohd Faizal Shamsudin berkata, kesemua yang ditahan dalam serbuan Ops Sapu dan Ops Selera kira-kira 12.01 tengah malam itu berusia 22 hingga 47 tahun.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 16 lelaki dan seorang wanita warga Myanmar, tujuh lelaki warga Indonesia, seorang lelaki warga India serta seorang wanita warga Thailand.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati terdapat sebuah rumah kedai telah dijadikan rumah ibadat untuk warga asing dan seorang warga Myanmar mengaku menjadi penjaga kepada rumah ibadat tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebuah restoran warga asing turut dikesan menjalankan operasi secara haram dan tidak memiliki lesen perniagaan yang sah.

Mohd Faizal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Penjaga rumah ibadat itu juga akan disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang ditetapkan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan