Search
Close this search box.
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa menjangkakan pengeluaran bahan api penerbangan mampan melonjak tiga kali kepada 1.9 bilion liter pada 2024.

Pengeluaran bahan api penerbangan mampan diunjur cecah 1.9 bilion liter tahun ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Jun: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menjangkakan pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF) melonjak sebanyak tiga kali kepada 1.9 bilion liter (1.5 juta tan) pada 2024.

Jumlah itu menyumbang 0.53 peratus daripada keperluan bahan api penerbangan bagi tahun ini.

Pada masa sama, IATA turut menekankan kepentingan beberapa pendekatan untuk melonjakkan penggunaan SAF.

“Kalangan kerajaan telah menetapkan jangkaan jelas bagi syarikat penerbangan mencapai pengurangan pelepasan karbon dioksida sebanyak lima peratus menerusi penggunaan SAF menjelang 2030 dan seterusnya pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

“Mereka kini perlu melaksanakan dasar untuk memastikan syarikat penerbangan dapat membeli SAF dalam kuantiti yang diperlukan,” kata Ketua Pengarah IATA Willie Walsh dalam satu kenyataan hari ini.

IATA berkata insentif seperti mewujudkan lebih banyak kemudahan tenaga boleh baharu (TBB), mengukuhkan rantaian bekalan bahan mentah dan memperuntuk sebahagian besar pengeluaran TBB kepada penerbangan, juga dapat membantu aspek penyahkarbonan bagi sektor itu.

“Selain itu, kerajaan juga boleh memudahkan penyelesaian teknikal dengan mempercepat kelulusan pelbagai bahan mentah dan kaedah pengeluaran serta pemprosesan bersama bahan mentah TBB di loji minyak mentah.

Malah, kataya, insentif membabitkan SAF dapat membantu peralihan diesel kepada SAF yang memerlukan pengubahsuaian minimum pada kemudahan bahan api boleh baharu sedia ada.

Ia berkata bahawa pengeluaran semua bahan api boleh diperbaharui perlu meningkat dengan cepat, dan antaranya, keperluan untuk bahagian pengeluaran SAF yang semakin meningkat memerlukan sokongan dasar yang kuat.

“Salah satu dasar adalah ‘US Grand Challenge’ oleh Amerika Syarikat serta pelaburan bernilai US$3 bilion (RM14.1 bilion) yang disokongnya.

“Selain itu, kredit cukai jangka panjang yang stabil akan memaksimumkan lagi keupayaan pengeluaran SAF dalam kedua-dua kemudahan sedia ada serta baharu,” katanya.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, IATA berkata pihaknya akan mewujudkan Pejabat Pendaftaran SAF untuk mempercepat penggunaan SAF menerusi pengesahan pengiraan serta pelaporan pengurangan pelepasan susulan daripada SAF.

Setakat ini, masing-masing sebanyak 17 syarikat dan satu kumpulan syarikat penerbangan, enam pihak berkuasa kebangsaan, tiga pengilang peralatan asal (OEM) dan satu pengeluar bahan api sudah menyokong usaha untuk membangunkan pendaftaran berkenaan yang dijangka dilancarkan pada suku pertama 2025.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan