Search
Close this search box.
Suspek berjaya diberkas di kawasan lapang di Jalan Ling Kai Cheng petang Ahad. Foto IPD Sibu

Lelaki warga Indonesia samun pemandu e-hailing wanita diberkas

SIBU, 3 Jun: Seorang lelaki Indonesia ditahan kerana disyaki terlibat melakukan rompakan bersenjata terhadap seorang pemandu e-hailing di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkifli Suhaili berkata, lelaki berusia 18 tahun itu diberkas di kawasan lapang di Jalan Ling Kai Cheng kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Katanya, suspek disyaki terlibat merompak seorang pemandu e-hailing wanita berusia 55 tahun pada 30 Mei lalu.

“Kejadian itu berlaku sekitar di Jalan Pasai Siong dekat sini ketika mangsa mengambil suspek untuk dihantar ke lokasi berhampiran sekitar 4.30 pagi Selasa.

“Suspek secara tiba-tiba mengacukan pisau ke leher mangsa namun mangsa berjaya melepaskan diri dan berlari keluar meninggalkan keretanya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa telah melarikan diri dan meninggalkan kereta serta barang-barangnya.

Menurut Zulkipli, kereta mangsa berjaya dijumpai semula selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Namun pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu berjaya mengesan dan menangkap suspek pada jam 1.30 petang pada Ahad.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan menyebabkan mangsa cedera,” ujarnya.

Zulkipli menambah suspek kini direman selama 14 hari sehingga 17 Jun ini bagi membantu siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan