Search
Close this search box.
Penduduk terpaksa dipindahkan apabila kediaman mereka di Skim Penempatan Semula Nanga Tada, Kanowit dinaiki air pagi tadi. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat

Banjir: 28 penduduk Skim Penempatan Nanga Tada dipindahkan

KANOWIT, 3 Jun: Seramai 28 orang penduduk terpaksa dipindahkan apabila kediaman mereka di Skim Penempatan Semula Nanga Tada di sini, dinaiki air pagi tadi.

Kejadian kira -kira 8.00 pagi itu melibatkan seramai 43 orang dewasa dan 11 orang kanak-kanak.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak semalam.

“Ia mengakibatkan paras air meningkat mendadak hingga 0.3 meter dari aras lantai dalam rumah dua tingkat itu. Ia termasuk tiga rumah berasingan setingkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8.16 pagi.

Berdasarkan keadaan semasa katanya, pihak bomba menghubungi pejabat daerah dan ketua polis daerah Kanowit untuk memaklumkan perlunya pemindahan segera berikutan keadaan air yang masih belum surut sepenuhnya.

Susulan itu katanya, pusat pemindahan sementara Dewan Penghulu Seribu Nanga Tada dibuka hasil persetujuan Pejabat Daerah Kanowit pada 10.30 pagi.

“Ketika ini keadaan terkawal namun hujan masih berterusan. Sehubungan itu, kita mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah agar sentiasa berwaspada dan segera menghubungi pasukan keselamatan jika keadaan semakin buruk,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan