Search
Close this search box.
Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa beramah mesra serta bergambar dengan rakyat jelata ketika santap di restoran Nasi Lemak Wanjo, Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini. Foto Sultan Ibrahim (FB)

Agong berkenan bersantap di restoran Nasi Lemak Wanjo

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Jun: Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Nasi Lemak Wanjo hari ini, nyata mengejutkan dan membawa keterujaan kepada pengunjung yang ada di restoran yang terletak di Kampung Baru berkenaan.

Menerusi catatan di laman Facebook Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat ke kedai makan yang popular di Kampung Baru itu, untuk santapan sarapan pagi.

“Sultan Ibrahim juga berkenan meluangkan masa untuk beramah mesra serta bergambar dengan rakyat jelata,” menurut hantaran tersebut.

Rakyat Malaysia menyambut cuti umum sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan