Search
Close this search box.
Jabatan Imigresen Malaysia menahan 16 tukang jahit warga Pakistan yang dipercayai melakukan kesalahan tinggal lebih masa dan tiada dokumen pengenalan diri yang sah pada serbuan ke atas sebuah premis menjahit pakaian di Sungai Petani, hari ini. Foto JIM Kedah

16 tukang jahit PATI warga Pakistan dicekup Imigresen

ByTVS

SUNGAI PETANI, 3 Jun: Seramai 16 tukang jahit warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi serbuan ke atas sebuah premis tiga tingkat di kawasan perniagaan di sini hari ini.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, serbuan oleh Unit Aduan, Risikan dan Operasi Bahagian Penguatkuasa JIM Kedah itu membabitkan penahanan warga Pakistan berusia antara 21 hingga 49 tahun.

Pendatang asing tanpa izin (PATI) tersebut disyaki melakukan kesalahan seperti tinggal lebih masa dan tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

Ujarnya, serbuan dibuat semasa mereka sedang leka menjahit pakaian apabila pasukan operasi terpaksa mengumpil pintu premis berikutan mereka enggan memberikan kerjasama.

“Premis tersebut (dari luar) dilihat seperti tiada sebarang aktiviti perniagaan dan kurang dikunjungi, namun hasil risikan mendapati kesemua mereka tidak keluar kerana akan memasak dan tidur di dalam premis.

“Majikan dikatakan akan hadir setiap hari pada waktu pagi bagi memantau secara lebih dekat tugasan mereka selain dilindungi kamera litar tertutup (CCTV),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Ridzzuan, premis itu didapati menjalankan perniagaan dengan menerima tempahan dari pengusaha tekstil selain tempahan oleh pelanggan tetap.

Ujar beliau, kesemua tangkapan kemudiannya dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik dekat sini bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, manakala majikan atau pemilik premis disiasat dibawah Seksyen 55B, Seksyen 55E dan Seksyen 56(1)(d) akta sama. – TVS

Tags: JIM, pakistan, PATI

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan