Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi ketika berkunjung ke Rumah Bishop di Jalan McDougall di sini, hari ini. Foto, Hafeezzur Muzamir (TVS).

Tun Dr Wan Junaidi, isteri kunjungi Rumah Bishop sempena Gawai

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 2 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi meneruskan ziarah sempena Hari Gawai dengan berkunjung ke Rumah Bishop di Jalan McDougall di sini, hari ini.

Dr Wan Junaidi dan isteri yang tiba sekitar 12:10 tengah hari disambut mesra oleh Bishop Gereja Anglikan Sarawak dan Brunei, Rt.Revd Datuk Danald Jute dan isteri, Datin Julita Jack Sungul.

Kunjungan sekitar sejam itu menyaksikan Dr Wan Junaidi dan isteri dijamu dengan juadah yang disediakan tuan rumah dan diserikan lagi dengan persembahan tarian kebudayaan masyarakat Sarawak.

Danald Jute dalam ucapannya berkata, kunjungan Dr Wan Junaidi dan isteri ke kediamannya bagi meraikan Hari Gawai memperlihatkan beliau bukan sahaja sebagai pemimpin berjiwa rakyat tetapi juga bersama rakyat.

“Saya ingin meyakinkan anda (Dr Wan Junaidi) bahawa kami masyarakat Dayak dan penganut agama Kristian akan terus memberikan yang terbaik dan berusaha agar Sarawak lebih harmoni dan makmur serta menjadi teladan kepada negara yang tercinta ini.

“Usaha itu sudah pun dilakukan dan kami gembira untuk meneruskannya,” katanya.

Kunjungan rumah terbuka itu turut disertai Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan