Search
Close this search box.
Pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kilometer 43, Jalang Gua Musang. Foto IPD Melaka Tengah

Suami isteri maut menanti sembilan tahun kelahiran anak kembar

ByBernama

GUA MUSANG, 2 Jun: Pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kilometer 43, Jalang Gua Musang – Lojing di sini pagi tadi, teruja dan tidak sabar menanti kelahiran anak kembar selepas sembilan tahun menunggu.

Kakak sulung mangsa, Suhaily Khairudin, 49, berkata usia kandungan arwah adiknya, Suhana Khairudin, 37, kini telah masuk enam bulan dan dijangka bersalin September ini.

Menurutnya, Suhana baru sahaja selesai menjalani prosedur memindahkan air ketuban untuk seorang daripada bayi kembarnya di dalam kandungan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.

Ibu hamil maut kemalangan motosikal

“Dia (Suhana) mendapat kebenaran untuk pulang kira-kira petang semalam, jadi mereka bertolak dari Ipoh dan bercadang menyewa hotel di Cameron Highlands,” katanya kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Gua Musang di sini hari ini.

Sementara itu, ibu saudara Suhana iaitu Hakiah Nor, 61, pula berkata mangsa memaklumkan mereka hanya berehat di dalam kereta kerana kesemua hotel di tempat peranginan itu sudah penuh ditempah, sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kota Bharu pagi ini.

“Sebelum itu, saya ada mencadangkan mereka agar ke Kuala Lumpur terlebih dahulu dan menggunakan Lebuhraya Karak, namun mereka menolak dan ingin meneruskan perjalanan melalui Jalan Lojing,” katanya.

Dalam kemalangan pukul 9.35 pagi tadi, seorang anggota tentera Ridwan Effendy Yusof, 43, dan isterinya Suhana maut di lokasi kejadian akibat tercampak keluar dari kenderaan, manakala dua anak mereka cedera dan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Ridwan Effendy dalam perjalanan dari arah Ipoh menghala ke Gua Musang sebelum dipercayai hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan sebelah kiri lalu merempuh tembok longkang di tepi jalan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan