Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Perwakilan Tiga Tahun Sekali Harakah Islamiyah (HIKMAH) ke-21, di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC). Foto, TVS.

Sarawak guna pendekatan muraqabah, sesuaikan pembangunan ekonomi dengan perubahan iklim

ByAmirah Shawel

KUCHING, 2 Jun: Pendekatan ‘muraqabah’ atau kecaknaan terhadap perubahan dunia perlu diterapkan dalam pentadbiran, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Premier Sarawak itu, pendekatan berkenaan telah digunakan oleh Sarawak bagi menyesuaikan pembangunan ekonominya dengan perubahan iklim yang berlaku pada masa ini.

Beliau berkata, perubahan iklim seperti pemanasan global telah menjejaskan tamadun manusia dan hala tuju pembangunan umat.

“Ia disebabkan oleh sikap manusia yang terlalu tamak. Tidak ada keseimbangan di antara alam sekitar kerana kegiatan mereka hanya tertumpu kepada keuntungan tanpa memikirkan kesannya.

“Maka, kita sebagai pemimpin Islam hendaklah memberikan satu tugas untuk membantu ketidakseimbangan yang wujud dalam pembangunan dunia hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Perwakilan Tiga Tahun Sekali Harakah Islamiyah (HIKMAH) ke-21, di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) di sini, hari ini.

Sementara itu Abang Johari berkata, HIKMAH sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Nahdatul Islam Bersatu (BINA) yang memasuki tahun ke-55 penubuhannya juga perlu menetapkan hala tuju baharu yang bersesuaian dengan permintaan semasa dunia.

Abang Johari berkata perancangan itu akan membantu dalam memartabatkan agama agar dapat memberi hikmah kepada masyarakat umum.

“Walaupun Sarawak mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama, kita hendaklah menjadi cahaya kepada masyarakat tersebut dan bagi melaksanakannya, kita hendaklah berhati-hati kerana kita mahu keyakinan masyarakat,” katanya.

Abang Johari menambah, ke arah menjadi ummah yang mantap, pendekatan sedemikian penting bagi menjauhkan diri daripada kejahilan tidak kira di peringkat politik, organisasi atau pentadbiran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan