Search
Close this search box.
Pasukan penyelamat mengangkat mayat remaja lelaki yang ditemukan lemas pagi tadi.Foto, BBP Bintangor.

Remaja lelaki dilaporkan hilang di Sarikei ditemukan lemas

BINTANGOR, 2 Jun: Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Lemujan Pakan, semalam ditemukan lemas hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin berkata, mayat Vincent Tiong Meng Wei,13, ditemui kira-kira 50 meter dari kawasan dia dipercayai terjatuh.

“Selepas ditemukan kira -kira pukul 8.40 pagi tadi, mayat dibawa ke Hospital Sarikei oleh pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Berikutan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pukul 10 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nicholas berkata, berdasarkan laporan polis, Meng Wei dipercayai hilang selepas pergi ke sungai itu seorang diri pada 11.15 pagi semalam.

Katanya, insiden disedari oleh keluarga kanak- kanak itu dan usaha mereka mencarinya gagal.

“Keluarga mangsa hanya menjumpai seliparnya yang hanyut tidak jauh dari lokasinya dia dilaporkan jatuh sebelum membuat laporan berhubung kehilangannya,” tambah beliau. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan