Search
Close this search box.
Polis telah menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong pada Jumaat lepas.

Polis tahan lelaki bantu siasatan kes buang kucing dalam sungai

ByBernama

GEORGE TOWN, 2 Jun: Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong, di sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata lelaki berusia 40-an itu ditahan di kawasan Jelutong, petang semalam hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan pihak polis.

“Lelaki itu direman untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial video berdurasi 66 saat memaparkan beberapa individu mengambil sebuah guni dari dalam sungai dan mendapati terdapat bangkai kucing dalam guni yang berikat itu.

Terdahulu Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika dilaporkan berkata kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku dan pihaknya telah menerima maklumat berkaitan insiden sama beberapa kali sebelum ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan