Search
Close this search box.
Padah berlumba haram dan menonton aktiviti tidak bermoral itu menyaksikan  hampir 200 penunggang serta pembonceng motosikal masuk ‘pukat’ polis dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Kuala Kangsar-Ipoh sekitar Klebang Ria dan Klebang Putra, awal pagi tadi. Foto, Bernama.

Polis kesan dua individu baling pasu ke arah Balai Polis Serdang

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Berang ditegur menunggang motosikal tanpa topi keledar, dua individu yang mabuk bertindak nekad membaling pasu tembikar ke arah Balai Polis Serdang pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A. Anbalagan dalam kenyataan berkata bagaimanapun, dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, tiada anggota polis yang cedera.

Katanya, semasa kejadian, dua suspek yang menaiki sebuah motosikal telah berhenti di hadapan balai polis dan ketika seorang daripada anggota polis yang bertugas bertanyakan tujuan mereka, pembonceng motosikal itu telah membaling pasu tembikar ke arah pagar sebelah kiri dan kemudian melarikan diri.

“Motif kejadian disyaki kerana tidak berpuas hati susulan pada 2.30 pagi, anggota yang bertugas telah menegur sekumpulan lelaki bermotosikal yang tidak menggunakan topi keledar di persimpangan lampu isyarat kira-kira 20 meter dari balai berkenaan,” katanya.

Menurut Anbalagan, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

Katanya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang menerusi talian 03-80742222. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan