Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Perwakilan Tiga Tahun Sekali HIKMAH Kali ke-21 di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) pada 2 Jun 2024. Foto, Amirah Shawel (TVS).

KPT lulus pendaftaran Kolej Teknologi Islam HIKMAH – Abang Johari

ByAmirah Shawel

KUCHING, 2 Jun: Pendaftaran Kolej Teknologi Islam HIKMAH (HITEC) sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah diluluskan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penubuhan pusat pendidikan tinggi itu bertujuan untuk melahirkan cendekiawan Islam berpegang teguh kepada agama Islam.

“Kita nak lahirkan cendekiawan yang hybrid dan memiliki asas agama yang kukuh. Mereka akan dapat meneruskan pengajian dalam jurusan digital dan multimedia kerana perlu cakna dengan situasi semasa dunia.

“Inilah tujuan pendidikan yang harus kita pupuk dalam masyarakat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada ketika media selepas hadir Majlis Perasmian Perhimpunan Perwakilan Tiga Tahun Sekali Harakah Islamiyah (HIKMAH) ke-21, di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) di sini, hari ini.

Abang Johari menambah, peruntukan yang diperlukan untuk mewujudkan institusi itu adalah melebihi RM40 juta.

Bagaimanapun, beliau berkata dana pengoperasian akan dikendalikan oleh HIKMAH kerana mereka mempunyai pelaburan am.

“Mereka memiliki sumber kewangan sendiri tetapi modal permulaan dari kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua HIKMAH, Tan Sri Abdul Aziz Husain berkata, modul Diploma Keselamatan Siber dan Diploma Multimedia yang bakal ditawarkan di situ sedang dirangka dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Beliau berkata syarat kemasukan ke HITEC ialah menghafal 20 juzuk Al-Quran, selain memiliki Sijil Pelajaran Malaysia.

“Ini kerana pelajar tahfiz, selain diajar teknologi terkini yang diperlukan oleh pasaran, mereka akan diwajibkan untuk mengulang hafazan sebagai syarat mendapat diploma.

“Pelajar akan menjadi lebih integriti apabila diperlukan oleh pasaran nanti,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan