Search
Close this search box.
Gambar hiasan Foto, TVS.

Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Dua lelaki maut selepas berbalas tembakan dengan polis di kilometer 396.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di hentian Tanjung Malim, Perak, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kedua-dua mereka merupakan warga tempatan berumur awal 30-an, dan laporan mengenai kejadian itu diterima pada kira-kira pukul 11.32 malam tadi.

Beliau berkata kejadian berlaku semasa sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Bahagian JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak mengekori kenderaan Proton Waja berwarna kelabu yang dinaiki dua suspek yang dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

“Suspek kemudiannya bertindak melarikan diri dengan masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan arah utara selepas menyedari diekori dan apabila sampai di lokasi kejadian, suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

“Polis telah membalas tembakan sehingga keadaan selamat. Pemeriksaan di dalam kenderaan itu mendapati kedua-dua mereka dalam keadaan berlumuran darah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai 23 rekod jenayah lampau dan enam kes dikehendaki polis manakala identiti seorang lagi suspek masih sedang dikenal pasti.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223 bagi membantu siasatan,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan