Search
Close this search box.
Seorang ahli perniagaan kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan sindiket pembelian motosikal dengan nombor pendaftaran pilihan melalui laman sosial Facebook baru-baru ini. (Foto fail Envato)

Ahli perniagaan rugi hampir RM200,000 terpedaya pembelian motosikal di Facebook

ByBernama

SEREMBAN, 2 Jun: Seorang ahli perniagaan kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan sindiket pembelian motosikal dengan nombor pendaftaran pilihan melalui laman sosial Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata lelaki berusia 49 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang individu tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp untuk tujuan tersebut.

“Mangsa membuat tujuh pembayaran kepada individu tersebut sejak 24 hingga 28 Mei lepas dengan jumlah keseluruhan RM179,376 untuk pembelian tujuh unit motosikal berjenama Honda.

“Dia kemudian menyedari ditipu selepas tidak menerima motosikal yang dijanjikan sebelum membuat laporan polis semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya kepada pihak yang menawarkan penjualan barangan secara dalam talian dengan harga rendah dan segera membuat semakan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan