Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Ahli Pimpinan Tertinggi HIKMAH pada Majlis Perasmian Perwakilan Tiga Kali Setahun Hikmah Kali ke-21 pada 2 Jun 2024. Foto Awang Azmil (TVS)

Abang Johari diundang sampaikan ucaptama ekonomi hijau di Australia

ByAmirah Shawel

KUCHING, 2 Jun: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan beliau telah diundang untuk menyampaikan ucaptama mengenai inisiatif Sarawak dalam ekonomi hijau di Australia tidak lama lagi.

Abang Johari berkata, ini menunjukkan usaha Kerajaan Sarawak dalam sektor ekonomi berkenaan semakin mendapat pengiktirafan oleh negara luar.

Kata beliau, kejayaan Sarawak dalam sektor tenaga hijau setakat ini telah membawa nama Bumi Kenyalang ke mata dunia sehingga dipelawa untuk berkongsi formula bersama pemain-pemain industri antarabangsa.

Sarawak guna pendekatan muraqabah, sesuaikan pembangunan ekonomi dengan perubahan iklim

“Dunia telah mengiktiraf Sarawak dalam dasarnya. Kalau tidak iktiraf, mereka tidak jemput saya berucap di Poland dan Jepun. Bulan lepas saya di Bangkok, bulan lapan ini Australia jemput saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Perwakilan Tiga Tahun Sekali Harakah Islamiyah (HIKMAH) ke-21, di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) di sini, hari ini.

KPT lulus pendaftaran Kolej Teknologi Islam HIKMAH – Abang Johari

Sebelum ini, Abang Johari telah melakukan lawatan ke Norway bagi meneroka teknologi hijau bagi penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) negara itu pada Ogos tahun lalu.

Beliau juga ke telah ke Dubai bagi menghadiri Persidangan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP 28) pada 4 Disember lalu dan telah mengadakan pertemuan bersama syarikat pelaburan berdaulat Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mubadala bagi meneroka potensi kerjasama dalam sektor peralihan tenaga.

Syarikat UAE pertimbang guna panel solar bertingkat – Abang Johari

Pada 24 dan 25 April lalu, Abang Johari telah mewakili Malaysia ke Poland untuk berkongsi ilmu berkaitan peralihan tenaga dan inisiatif menangani perubahan iklim di The Central European Hydrogen Technology Forum dan The Central European Decarbonisation Forum.

Beliau kemudian diundang ke Bangkok, Thailand untuk memberi ucapan mengenai inisiatif Sarawak dalam pembangunan ekonomi hijau dan peralihan tenaga di Persidangan Masa Depan Tenaga Asia 2024 pada 17 Mei 2024.

Sidang Kemuncak Hidrogen Asia Pasifik 2024 yang menghimpunkan pemain industri sektor berkenaan akan berlangsung di Brisbane, Australia pada 12 dan 13 September depan.- TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan