Search
Close this search box.
Majlis yang bermula 10 pagi hingga 4 petang itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang. Foto Faitullah Morni (TVS)

TYT Sarawak, isteri serikan Majlis Rumah Terbuka Gawai hari ini

ByAkma Salleh

KUCHING, 1 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menyerikan Majlis Rumah Terbuka Gawai anjuran pemimpin Dayak Sarawak hari ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini.

Majlis tahun ini diketuai Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta dif-dif kenamaan yang lain.

Majlis yang dibanjiri oleh masyarakat pelbagai kaum dan etnik sejak jam 10 pagi tadi bakal melabuhkan tirainya pada 4 petang nanti.

Majlis turut menyaksikan tetamu yang hadir disajikan dengan pelbagai juadah serta persembahan hiburan dari etnik Bidayuh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan