Search
Close this search box.
Dato Gerald Rentap Jabu ketika ditemui pemberita di kediaman bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang di sini, hari ini. Foto Hafeezzur Muzamir (TVS)

SUKMA XXI: Kem latihan pusat kontinjen Sarawak bermula Julai – Gerald

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 1 Jun: Sarawak bakal mengadakan kem latihan pusat pada bulan depan sebagai persediaan akhir kepada semua atlet yang mewakili negeri ini dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang dijadual berlangsung pada pertengahan Ogos.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, kem latihan pusat itu penting bagi memantau prestasi para atlet dan pada masa sama sebagai platform untuk memupuk semangat dalam kalangan mereka yang rata-ratanya pertama kali beraksi di temasya sukan terbesar di negara ini.

“Sekarang ini ada pasukan yang sedang mendapat pendedahan di luar negara, setiap pasukan kena sertai kem latihan pusat nanti. Sekarang ini fasilitinya sedang dilaksanakan dengan kem latihan pusat merupakan fasa keempat iaitu yang terakhir sebelum SUKMA bermula.

“Sekitar Julai hingga Ogos iaitu selama sebulan setengah, para atlet akan berkumpul bersama dengan kita mahu semangat satu pasukan itu ditingkatkan supaya mereka dapat bekerjasama dan memberi sokongan sesama mereka untuk bantu negeri ini bergelar juara,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Gerald berkata, Sarawak perlu meraih sekurang-kurangnya separuh daripada pingat emas yang ditawarkan dalam temasya itu bagi bergelar juara keseluruhan.

Untuk rekod, pada edisi ke-21 ini, sebanyak 488 acara dipertandingan iaitu terbahagi kepada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 acara campuran atau terbuka untuk 37 jenis sukan yang akan dipertandingkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan