Search
Close this search box.
Polis menahan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu. Foto hiasan Envato

Polis tahan ibu bapa Zayn Rayyan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Polis menahan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Difahamkan pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Puncak Alam, Selangor, pagi semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan itu dan mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini bagi mendapatkan permohonan reman.

Pada 6 Dis tahun lepas, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai, Petaling Jaya dekat sini, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kes bunuh Zayn Rayyan, polis temukan sehelai stoking dalam takungan air

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan