Search
Close this search box.
Polis memburu suspek lelaki yang membungkus seekor kucing di dalam guni dan membuang dalam parit sehingga mati di Kota Giam, Jelutong di sini semalam. Foto Persatuan Haiwan Malaysia (FB)

Polis buru lelaki buang kucing ke dalam parit hingga mati

ByTVS

GEORGE TOWN, 1 Jun: Polis sedang memburu seorang suspek yang membuang seekor kucing ke dalam parit sehingga mati di Kota Giam, Jelutong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP) Razlam Abdul Hamid berkata, kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu disedari seorang penghantar makanan wanita yang ternampak seorang lelaki membuang guni ke dalam parit.

Katanya, wanita berusia 31 tahun itu melihat guni tersebut bergerak sebelum turun mengambilnya.

“Pengadu mendapati terdapat seekor kucing di dalamnya dan apabila dia cuba menyelamatkan kucing itu, ia telah mati.

“Pengadu kemudian menanam bangkai kucing tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar Razlam, polis sedang mengesan suspek bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan