Search
Close this search box.
Projek perumahan dan hartanah di Malaysia mendapat perhatian pembeli dari China. Foto fail Bernama.

Pindaan akta lebih tegas, heret pemaju projek rumah terbengkalai ke mahkamah – Nga

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) yang bakal dipinda bukan sahaja akan mengheret pemaju yang terlibat dalam kes penipuan atau projek terbengkalai ke mahkamah, malah melarang mereka daripada meninggalkan negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata akta sedia ada hanya melindungi harta rumah kediaman, kedai komersial, pejabat, pusat beli-belah dan unit komersial yang tidak tertakluk kepada kawalan.

Menurut beliau selepas pindaan itu, sebarang kes penipuan akan didakwa di mahkamah dan dikenakan hukuman penjara tiga tahun, denda RM250,000 hingga RM500,000 atau kedua-duanya.

“Kerajaan akan mengambil tindakan pencegahan yang lebih ketat dalam isu itu dan kementerian akan berusaha melindungi hak serta kepentingan pembeli rumah, pada masa yang sama mempertahankan imej profesional industri perumahan.

“Pembelian rumah mungkin memerlukan simpanan seumur hidup seseorang itu, pemaju haruslah lebih ikhlas untuk meningkatkan reputasi pasaran hartanah negara. Kita mempunyai ramai pemaju yang profesional dan bertaraf dunia, tetapi ada juga ‘kambing hitam’ dalam industri ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nga berkata kerajaan belajar dengan negara Australia, Dubai dan Singapura untuk memperluaskan skop akta itu dengan pembentukan sebuah kontrak yang lebih adil, munasabah dan telus.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata sehingga kini sebanyak 351 projek sakit telah diselamatkan melibatkan kira-kira 43,000 pembeli rumah dibantu dengan nilai sebanyak RM33 bilion menerusi Taskforce Projek Rumah Sakit KPKT

“Terdapat pemaju yang menyalahgunakan duit titik peluh pembeli dalam kegunaan lain, aliran tunai menjadi negatif dan menyebabkan projek itu terbengkalai.

“Sistem pentadbiran yang baik mesti mempunyai ganjaran dan hukuman yang jelas, kita akan menghukum mereka yang mencemarkan nama industri ini dan pada masa sama kita juga harus memberi pengiktirafan kepada mereka yang berprestasi cemerlang,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan