Search
Close this search box.
Sambutan Perarakan Gawai Taee dilihat semakin rancak dengan penglibatan dari golongan belia. Foto Awangku Afiq Syahmi (TVS)

Perarakan Gawai Taee ejen penyatuan masyarakat Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

SERIAN, 1 Jun: Tanggal 1 Jun setiap tahun merupakan tarikh yang paling dinantikan di Sarawak kerana Hari Gawai Dayak diakui agen penyatuan buat masyarakat di dalam dan luar negara.

Sehubungan itu, menurut Ketua Kaum Kampung Taee, Charmmy Ladong, perarakan Gawai Taee yang disambut sejak dahulu lagi menjadi faktor kepada penyatuan dan pengukuhan hubungan sesama masyarakat.

“Saya melihat Gawai tahun ini lebih dari apa yang kita lihat seperti tarian tradisional, perarakan dan penyertaan dari golongan belia dan penglibatan pelancong dari luar negara menjadikan ia lebih rancak.

“Kita melihat semula sambutan Gawai sejak lewat 1970-an. Permulaan sambutan di kampung ini, kami mencuba dan mencari banyak tajaan tahun demi tahun. Tetapi tahun ini, kami mendapat 75 peratus tajaan dari Pepsi,” katanya ketika ditemui TVS selepas Perarakan Gawai Taee di Kampung Taee di sini, hari ini.

Gelagat penduduk Kampung Taee ketika perarakan Sambutan Gawai Taee di sini, hari ini. Kredit: Awangku Afiq Syahmi (TVS)

Dalam masa sama, beliau berharap agar acara Sambutan Gawai Taee yang telah menjadi identiti dan tradisi di kampung itu boleh disenaraikan dalam kalender pelancongan Sarawak.

“Saya tidak mahu membuat perbandingan dengan kampung Gawai yang lain, tetapi ia membuat anda rasa ‘hidup’ dan berasa di rumah. Jika kami boleh berkolabrasi, saya akan berasa sangat gembira,” katanya lagi.

Charmmy juga berkata perancangan pada masa hadapan adalah untuk menjana lagi ekonomi di kampung tersebut dengan penjualan kraf tangan dan mengadakan lagi karnival pada sambutan Gawai Taee kelak.

Dari kiri: Ketua Kaum Kampung Taee, Charmmy Ladong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang sebelum Sambutan Perarakan Gawai Taee. Kredit: Awangku Afiq Syahmi (TVS)

Tradisi Perarakan Gawai Taee diadakan setiap tahun pada 1 Jun melibatkan perarakan dari kampung itu yang akan berarak sepanjang enam zon dan akan bermula pada jam 1 tengah hari.

Dalam perarakan itu, pengunjung bukan sahaja akan dihiburkan dengan persembahan seni dan budaya dari kaum Bidayuh malah ‘pitstop’ dari setiap rumah yang menyediakan makanan dan minuman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan