Search
Close this search box.
Tiga suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes curi kabel stesen pencawang di daerah Bintulu berjaya ditangkap pihak polis. Foto IPD Bintulu

Op Lusuh: Tiga suspek curi kabel di Bintulu dicekup

BINTULU, 1 Jun: Tiga lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes curi kabel stesen pencawang di Bintulu berjaya ditangkap pihak polis dalam tempoh kurang 24 jam ketika operasi Op Lusuh di sini.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, tindakan pantas Pasukan Task Force Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu telah menangkap tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 25 tahun sehingga 35 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di bahagian ini.

“Laporan kejadian itu di stesen pencawang diterima oleh pihak polis kira-kira jam 3.58 pagi pada Jumaat.

“Bertindak atas maklumat tersebut, kesemua suspek berjaya ditahan kurang dari tempoh 24 jam di sebuah rumah tidak bernombor kira-kira jam 9.30 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil soal siasat kesemua suspek telah membawa kepada penemuan dan berjaya merampas beberapa sisa lebihan potongan logam serta kulit kabel yang telah dikupas dan ditinggalkan oleh suspek di kawasan semak berhampiran.

“Turut dirampas sebuah motosikal dipercayai telah digunakan suspek semasa kejadian tersebut. Kesemua suspek disiasat di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan.

“Kesemua suspek akan menjalani ujian saringan air jencing dalam masa terdekat,” katanya.

Menurutnya, tangkapan itu merupakan salah satu usaha pihak polis dalam mengekang jenayah melibatkan kecurian kabel pencawang terus berleluasa di daerah Bintulu.

“Kita tidak berkompromi dengan mana-mana pihak untuk mengambil tindakan ke atas individu atau mana-mana pihak yang terlibat terutamanya peniaga-peniaga kedai lusuh agar terus mematuhi syarat lesen yang ditetapkan dan tidak sewenang-wenangnya menerima barangan curi atau mencurigakan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian kecurian kabel telekomunikasi atau kabel dan sambungan alat-alat elektrik boleh disalurkan melalui Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304,” tegasnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan