Search
Close this search box.
Mayat pemuda yang lemas di tali air ketika memasang bubu ikan berhampiran Rumah Nanyi Gran C Stumbin, Sri Aman semalam, ditemui hari ini. Foto JBPM

Mayat pemuda lemas ditemui tersangkut di pembentung

SRI AMAN, 1 Jun: Mayat pemuda yang lemas di tali air ketika memasang bubu ikan berhampiran Rumah Nanyi Gran C Stumbin di sini pada Jumaat, ditemui pagi tadi.

Mayat Roy Martin Lebat,21, dijumpai selepas pihak bomba melakukan selaman di kawasan pembentung di kawasan mangsa dilaporkan hilang jam 10.55 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) bomba pada jam 7.50 pagi tadi.

“Selaman kali pertama dan kedua yang dilakukan masih gagal menemui mangsa.

“Penyelam ketiga dan kedua turun sekali lagi untuk pencarian di sekitar pembentung sepanjang 10 meter jarak dengan kedalaman tujuh kaki dan akhirnya berjaya menjumpai mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian semalam, Roy Martin Lebat keluar dari rumah pada jam 8 pagi tadi dengan menaiki motosikal pergi ke tali air berkenaan untuk memasang bubu.

Pihak bomba menerima laporan berhubung kes itu jam 7.35 malam tadi dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi kejadian.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan