Search
Close this search box.

Masyarakat Dayak berperanan pelihara perpaduan Sarawak – Uggah

ByAkma Salleh

KUCHING, 1 Jun: Komuniti Dayak diingatkan giat memainkan peranan masing-masing dalam mengekalkan perpaduan yang ada di wilayah ini, kata Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Timbalan Premier Sarawak itu menegaskan bahawa perpaduan dalam kalangan rakyat amat penting untuk kerajaan memacu pembangunan negeri ini.

“Saya menyeru kepada semua masyarakat Dayak untuk memainkan peranan terutamanya dalam memajukan Sarawak seiring dengan visi Premier Sarawak yang memberi manfaat pada masa hadapan.

“Justeru, masyarakat Dayak perlulah mengambil bahagian dalam pembangunan Sarawak tidak kira pelajar, petani, usahawan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Gawai Dayak 2024, di Pusat Konvenseyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Bercakap mengenai sambutan itu, Uggah menyasarka kira-kira 7,000 pengunjung hadir memeriahkan majlis hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan