Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Foto Faitullah Morni (TVS)

KKR perlu tambahan RM1 bilion untuk pembinaan jajaran ‘redline’ seluruh Sarawak – Nanta

ByAkma Salleh

KUCHING, 1 Jun: Kementerian Kerja Raya memerlukan peruntukan sekurang-kurangnya RM1 bilion lagi untuk kerja pembinaan jajaran ‘redline’.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jajaran ini perlu dilaksanakan agar ia mengikut standard Projek Lebuh Raya Pan Borneo.

“Redline ini memang kita perlu sempurnakan ia melibatkan 140 kilometer di beberapa tempat.

“Jadi, kita memang sudah merancang dan kita memerlukan hampir RM1 bilion juntuk kita sempurnakan redline ini. Buat masa sekarang KKR tengah berusaha bagaimana untuk kita memohon dan membina redline itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Istilah ‘redline’ menurut Nanta membawa maksud laluan asal sedia ada sebelum pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dan ia melibatkan kawasan Kuching, Serian, Sibu, Bintulu, Julau dan Miri.

Jajaran ini jelasnya sepanjang 136.7 kilometer dan tidak terlibat dalam pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak dan kini berada dalam keadaan yang daif, kerana sewaktu dibina dahulu, ia tidak menyamai standard ditetapkan di bawah pembinaan baharu lebuh raya itu.

Jelas Alexander, naik taraf dan pemulihan segera jajaran ‘redline’ ini dijangka mengoptimumkan daya sumber Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak namun ia perlu bagi menjamin kelancaran, keselesaan dan keselamatan kepada pengguna jalan lebuh raya di negeri ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan