Search
Close this search box.
Pasukan penyelamart sedang berusaha mencari mangsa di Sungai Lemujan Lepa Antu Pakan. Foto BBP Bintangor

Jeritan kanak-kanak kedengaran sebelum hilang di sungai

BINTANGOR, 1 Jun: Jeritan seorang kanak-kanak lelaki sempat kedengaran sebelum dilaporkan hilang di Sungai Lemujan Lepa Antu Pakan petang tadi.

Insiden disedari keluarga kanak-kanak malang itu kira-kira jam 11 pagi sebelum berusaha mencari mangsa namun gagal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 2.33 petang sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, kita dimaklumkan oleh keluarga mangsa mereka sempat mendengar kanak -kanak lelaki itu menjerit dari arah sungai.

“Susulan itu, mereka kemudiannya bertindak mengesan sendiri keberadaan mangsa namun hanya menjumpai seliparnya hanyut tidak jauh dari lokasinya dipercayai jatuh,” katanya dalam satu kenyataan.

Berikutan itu katanya, bomba memulakan operasi pencarian dengan menggunakan kaedah penyelamatan di pernukaan sungai.

Operasi yang turut dibantu penduduk kampung dengan menyelusuri sungai sejauh dua kilometer itu katanya, gagal menemui mangsa.

“Mangsa berusia 13 tahun dilaporkan berbaju putih dan berseluar pendek berwarna kuning. Kita akan meneruskan pencarian ke atas mangsa,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan