Search
Close this search box.
Henry Sum menyempurnakan perasmian Pesta Irau Aco Lun Bawang Edisi ke-37 di Stadium Tertutup Lawas hari ini. Foto TVS

Etnik Lun Bawang diajak kerjasama dengan kaum lain, capai kemajuan

LAWAS, 1 Jun: Etnik Lun Bawang diingatkan agar tidak mengasingkan diri sebaliknya harus bekerjasama dengan kaum lain yang ada di wilayah ini dalam usaha bergerak maju ke hadapan.

Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong berkata etnik minoriti itu harus mendekati masyarakat lain berikutan Sarawak merupakan negeri yang memiliki masyarakat majmuk paling ramai di negara ini.

“Keunikan masyarakat yang ada daripada kawasan pergunungan Ba Kelalan, hingga ke pesisir di Lawas perlu bergerak maju untuk mencapai satu hasrat bersama iaitu kemajuan dan keharmonian.

“Jangan menoleh ke belakang dan mengasingkan diri kerana sikap itu tidak membawa hasil kepada kita untuk maju,” katanya berucap pada perasmian Pesta Irau Aco Lun Bawang Edisi ke-37 di Stadium Tertutup Lawas hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba Kelalan Baru Bian dan Presiden Persatuan Lun Bawang Sarawak Dolphina Balang.

Henry Sum juga mahu Persatuan Lun Bawang Sarawak untuk berani melangkah maju dengan membina sebuah Pusat Kebudayaan Lun Bawang di Lawas.

Beliau memberi jaminan akan menyokong usaha persatuan Lun Bawang Sarawak memulakan projek berkenaan.

Pesta Lun Bawang atau Irau Aco Lun Bawang disambut pada awal bulan Jun setiap tahun sebagai simbolik berakhirnya musim menuai padi.

Pesta berkenaan melibatkan persembahan acara kebudayaan, nyanyian, sukan dan makanan tradisi masyarakat dikongsi kepada orang ramai dalam satu jamuan besar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan