Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol bersama para pemimpin kampung pada majlis ringkas penyerahan sumbangan dana sempena Hari Raya Aidiladha di Pulau Bruit, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Semop

Tujuh projek bernilai RM100 juta dilaksanakan menerusi RADDA di DUN Semop

BySaibi Gi

PULAU BRUIT, 31 Mei: Tujuh projek kemudahan awam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop akan dilaksanakan menerusi Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) pada tahun ini dan 2025.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata projek-projek berkenaan menelan kos RM100 juta.

“Ini merupakan sebahagian daripada projek-projek pembangunan untuk manfaat masyarakat yang dirancang untuk dilaksanakan pada tahun ini dan tahun hadapan,” katanya pada majlis ringkas penyerahan sumbangan dana sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut pada tengah Jun di sini, hari ini.

Majlis yang menyaksikan 17 masjid dan sembilan surau menerima sumbangan masing-masing itu diadakan di tiga lokasi – Dewan Kampung Tekajong dan Dewan Kampung Semop, Pulau Bruit serta Dewan Dayang Bai, Kampung Melayu, Bintangor.

Setiap masjid menerima RM5,000 manakala setiap surau menerima RM3,000 dengan jumlah RM112,000.

Mengulas lanjut mengenai projek pembangunan di kawasan tersebut, Abdullah yang juga ADUN Semop berkata jumlah projek kemudahan awam dalam senarai Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk pelaksanaan pada tahun ini adalah 11 projek dengan anggaran kos RM5 juta.

Jumlah projek yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) melalui dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) pada 2023 hingga Mei 2024 ialah 56 projek dengan kos keseluruhan RM2,482,650.

“Projek-projek yang dilaksanakan oleh JKKK kampung dan rumah panjang adalah berskala kecil-sederhana yakni sebahagian besar melibatkan projek baik pulih atau naik taraf kemudahan awam seperti jeti, jambatan, jalan lorong, balai raya, rumah ibadat dan tempat letak kereta,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan