Search
Close this search box.
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman pada sidang media mingguan Ibu Pejabat Tabung Haji Mekah di Mekah, hari ini. Foto Zen Hashim (TVS)

Seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia ketika melakukan tawaf

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 31 Mei: Seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci Mekah selepas melakukan pusingan tawaf umrah pada 29 Mei lepas.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, Allahyarham Mohd Zahir Ismail, 58, dari Alor Setar, Kedah itu meninggal dunia akibat serangan jantung.

Seorang jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia ketika melakukan tawaf | TVS

“Arwah adalah daripada KT66 yang baru sampai pada 29 Mei dan pada waktu malam setelah Isyak kita menganjurkan sesi umrah pertama.

“Ketika melakukan pusingan tawaf arwah telah jatuh akibat daripada sakit dan arwah dibawa ke klinik di dalam Masjidil Haram kemudiannya dibawa ke hospital Arab Saudi,” katanya pada sidang media mingguan di Ibu Pejabat Tabung Haji Mekah di sini, hari ini.

Dalam pada itu Syed Saleh berkata jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Syaraiee, Mekah.

Tambahnya lagi petugas kebajikan Lembaga Tabung Haji, kaunselor serta pembimbing ibadat dan pakar rujuk telah menziarahi pihak waris.

“Tabung Haji mengucapkan takziah kepada waris jemaah dan kami mendoakan agar segala amal ibadatnya diterima Allah SWT,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan