Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto fail TVS.

Sarawak optimis hasilkan benih padi hybrid, tingkat mutu beras

ByZhahrulniza

KUCHING, 31 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis usaha kaedah baharu penanaman benih padi hybrid akan meningkatkan hasil pengeluaran beras dari negeri ini.

Menurut beliau Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui kampus cawangan di Bintulu bakal melaksanakan penyelidikan inovatif di beberapa lokasi strategik di Gedong dan Lubuk Punggur, Simunjan.

“Kajian tersebut yang mengunakan kaedah baharu telah menunjukkan bahawa 1 hektar padi mampu mengeluarkan 8 tan padi dalam satu musim berbanding kaedah lama yang hanya boleh mengeluarkan 1 tan sahaja.

“Kajian juga sedang dibuat untuk mengeluarkan benih hybrid yang mencukupi untuk kegunaan di seluruh Sarawak,” kata beliau menerusi perutusan sempena Hari Gawai Dayak 2024, hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Abang Johari kaedah baharu berkenaan juga membolehkan petani menanam sehingga lima musim dalam tempoh 24 bulan.

Beliau menambah pada era masa kini hasil tuaian lebih bergantung kepada penggunaan teknologi dan jentera seperti di beberapa kawasan yang sudah maju dalam penanaman padi dan pengeluaran beras dengan sumber yang terhad.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan