Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan isteri, Datin Amar Doreen Mayang mengucapkan selamat Hari Gawai Dayak. Foto MIPD

Peruntukan besar bukti GPS komited bangunkan luar bandar

BySaibi Gi

KUCHING, 31 Mei: Sembilan agensi pembangunan ditubuhkan sejajar dengan matlamat kerajaan Sarawak mempercepatkan pelaksanaan pembangunan infrastruktur di luar bandar.

Agensi tersebut terdiri daripada Agensi Pembangunan Wilayah Utara, Agensi Pembangunan Tanah Tinggi, Agensi Pembangunan Ulu Rajang dan Agensi Pembangunan Bahagian Betong.

Turut ditubuhkan, Agensi Pembangunan Sri Aman, Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan, Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching, Agensi Pembangunan Wilayah Tengah Rajang dan Agensi Pembangunan Delta Rajang.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg amat peka dengan pembangunan yang masih kurang di kawasan luar bandar berbanding bandar.

“Objektif penubuhan pada asasnya adalah untuk membawa masuk infrastruktur luar bandar dan program sosioekonomi yang sangat diperlukan dan untuk mempercepatkan pelaksanaannya.

“Setiap agensi diperuntukkan bajet yang belum pernah berlaku sebelum ini sebanyak RM1.5 bilion untuk menjalankan tugas masing-masing,” katanya menerusi perutusan sempena Hari Gawai Dayak.

Menurutnya, kerajaan GPS menumpukan perhatian terhadap menambah baik infrastruktur, akses kepada penjagaan kesihatan, menyediakan peluang pendidikan dan pendapatan, memperluaskan perkhidmatan internet dan digital kepada masyarakat luar bandar dan banyak lagi.

Selain penubuhan agensi-agensi pembangunan, peruntukan yang besar untuk tujuan pembangunan luar bandar menerusi Belanjawan Sarawak 2023 dan 2024 turut membuktikan kerajaan Sarawak prihatin dengan luar bandar.

Dalam Belanjawan Sarawak 2023, sebanyak 60 peratus atau RM4.54 bilion perbelanjaan pembangunan diperuntukkan untuk pembangunan luar bandar. Ini telah meningkat kepada 63 peratus atau RM5.695 bilion dalam Belanjawan Sarawak 2024.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, RM44.28 bilion telah diluluskan untuk pembinaan infrastruktur seperti jalan dan jambatan. Sebagai tambahan, RM1.64 bilion diluluskan untuk program transformasi luar bandar.

Uggah berkata lagi, pembangunan luar bandar adalah sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang ingin mencapai kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.

“Oleh itu, adalah wajar bagi komuniti Dayak merakamkan penghargaan terhadap dasar pembangunan GPS yang  mengutamakan luar bandar. Perpaduan rakyat kita telah menjadi penggerak di sebalik kestabilan politik, kemajuan dan pembangunan ekonomi yang kita nikmati hari ini,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan