Search
Close this search box.
Kebanyakan keluarga di Sabah dan Sarawak menggunakan diesel untuk kenderaan harian berbanding di Semenanjung. Foto hiasan Envato

Pengecualian subsidi diesel bersasar di Sabah, Sarawak bukan kerana pilih kasih

ByConnie Grace

PENAMPANG, 31 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan pengecualian pelaksanaan subsidi diesel bersasar di Sabah dan Sarawak bukan kerana pilih kasih.

Sebaliknya beliau menegaskan keputusan itu diambil ekoran kebanyakan keluarga di Sabah dan Sarawak menggunakan diesel untuk kenderaan harian mereka berbanding di Semenanjung.

“Penggunaaan diesel di Sarawak dan Sabah lebih meluas berbanding di Semenanjung. Dasar ini tidak pilih kasih, bukan kerana atas faktor politik di Sabah Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan, pelaksanaan subsidi diesel bersasar adalah untuk memastikan tidak lagi berlaku ketirisan subsidi ke tangan pihak yang tidak sepatut menikmatinya.

“Sebab itu bila kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan penyasaran subsidi untuk diesel, penyasaran subsidi diesel ini maknya untuk rakyat jangan bagi subsidi kepada orang asing yang tak bayar cukai atau orang yang warga kaya,” katanya.

Menurut Anwar, menerusi pelaksanaan subsidi diesel bersasar kerajaan dapat menjimatkan RM4 bilion setahun.

Dalam pada itu, Bernama hari ini melaporkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata subsidi diesel sebanyak RM1.4 billion yang direkodkan pada 2019, meningkat sepuluh kali ganda kepada RM 14.3 billion pada tahun lepas, disumbang oleh beberapa faktor.

Beliau berkata antara faktornya ialah peningkatan jumlah diesel bersubsidi yang digunakan daripada 6.1 bilion liter pada 2019 kepada 10.8 billion liter tahun lepas, iaitu kenaikan lebih kurang 70 peratus.

“Kalau saya tengok daripada segi perkembangan ekonomi, dari segi kenaikan (jumlah) kenderaan diesel dalam negara, saya tidak boleh cari jumlah yang mengisi (kepada kenaikan 70 peratus itu).

“Jadi kita memahami ada sebab lain kenapa volume (kuantiti) diesel naik mendadak sebanyak 70 peratus dan kita rasa, sebab kenaikan besar ialah kerana terdapat banyak ketirisan yang berlaku dalam negara,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan